Lemak haiwan bernilai lebih RM300,000 disita AKPS

10 Okt 2026, 7:28 AM
Lemak haiwan bernilai lebih RM300,000 disita AKPS

JOHOR BAHRU, 10 OKT: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyita 83,000 kilogram lemak haiwan bernilai RM310,606.26 yang disyaki dibawa masuk dari Mongolia di Pelabuhan Pasir Gudang, semalam.

AKPS memaklumkan sitaan konsainan dagangan komoditi pertanian membabitkan empat beg tangki fleksibel itu hasil pemeriksaan pegawai penguat kuasa pada 10 pagi.

"Barangan itu didapati dibawa masuk tanpa permit import mengikut peraturan undang-undang semasa. Justeru, semua barangan dagangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut,” menurut AKPS dalam kenyataan hari ini.

Menurut AKPS, sebarang ketidakpatuhan atau cubaan mengimport tanpa dokumen sah di pintu masuk negara adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara hingga enam tahun atau kedua-duanya.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.