Ambil bola di jalan, kanak-kanak lapan tahun maut dilanggar lori

17 Okt 2026, 1:15 PM
Ambil bola di jalan, kanak-kanak lapan tahun maut dilanggar lori

KUALA TERENGGANU, 17 OKT: Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun maut selepas dilanggar sebuah lori di Jalan Surau Cik Man, Kampung Surau Haji Daud dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 4.10 petang, yang memaklumkan berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori dan pejalan kaki.

"Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira 3.40 petang semasa pemandu lori, yang datang dari arah Kampung Surau Haji Daud, telah terlanggar mangsa yang keluar secara tiba-tiba untuk mengambil bola yang tercampak di atas jalan raya.

"Kemalangan menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat pelajar Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.