Hanya Kuala Selangor catat bacaan IPU sederhana pada 2 petang

17 Okt 2026, 6:52 AM
Hanya Kuala Selangor catat bacaan IPU sederhana pada 2 petang

SHAH ALAM, 17 OKT: Lima daripada enam stesen pemantauan kualiti udara di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pada 2 petang ini, dengan hanya Kuala Selangor merekodkan bacaan sederhana iaitu 98.

Johan Setia mencatatkan bacaan tertinggi di Selangor iaitu 171, diikuti Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang masing-masing dengan 170, manakala Banting merekodkan bacaan 154.

Di kawasan Lembah Klang, Putrajaya dan Cheras turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 164, manakala Batu Muda merekodkan bacaan 162.

Sementara itu, Pasir Gudang mencatatkan kualiti udara terburuk di Malaysia dengan bacaan IPU 194, diikuti Nilai (177), Seremban (176) di Negeri Sembilan dan Larkin, Johor (176).

Di seluruh negara, sebanyak 24 kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, manakala 43 kawasan merekodkan bacaan sederhana. Limbang, Sarawak menjadi satu-satunya kawasan dengan bacaan IPU baik iaitu 49.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.