SHAH ALAM, 20 OKT: Sebanyak 29 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan Batu Muda, Kuala Lumpur merekodkan bacaan tertinggi iaitu 172.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan kedua tertinggi iaitu 171, diikuti Petaling Jaya (166) dan Shah Alam (165).
Tiga lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat di Selangor ialah Klang (162) dan Banting (158), menjadikan keseluruhan lima kawasan di negeri itu terjejas.
Di Kuala Lumpur, Cheras mencatatkan bacaan IPU 164, manakala Putrajaya merekodkan 162.
Negeri Sembilan turut mencatatkan bacaan tidak sihat di Nilai (165), Seremban (159) dan Port Dickson (145).
Di Melaka, Bukit Rambai merekodkan bacaan 163, diikuti Alor Gajah (155) dan Bandaraya Melaka (152).
Sementara itu, tujuh kawasan di Johor mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Larkin (157), Pasir Gudang (156), Kota Tinggi (154), Kluang dan Pengerang masing-masing 151, Tangkak (131) serta Batu Pahat (130).
Di Perak, Tasek Ipoh merekodkan bacaan IPU 155, manakala Pegoh Ipoh (152).
Bagi Pahang, Rompin merekodkan bacaan 153, Balok Baru (152), Jerantut (137), Indera Mahkota (125) serta Temerloh (103).
Paka di Terengganu turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 155.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat dan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.
Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar ketika keadaan kualiti udara tidak sihat.










