EXCO: Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin Selangor ringankan beban golongan memerlukan

14 Okt 2026, 2:00 PM
EXCO: Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin Selangor ringankan beban golongan memerlukan

SHAH ALAM, 14 OKT: Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin Selangor terus dilaksanakan bagi membantu golongan memerlukan mendapatkan kediaman lebih selesa dan selamat.

EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Menurutnya, lawatan ke kediaman penerima program bertujuan meninjau keadaan rumah selain memastikan bantuan disalurkan memberi manfaat kepada golongan sasaran.

“Saya berharap agar bantuan ini dapat meringankan beban penerima dan seisi keluarga, sekali gus memberikan peluang kepada mereka untuk menikmati kediaman yang lebih selesa dan selamat,” katanya menerusi Facebook.

Sebelum itu, beliau mengadakan lawatan ke kediaman penerima program, Parwathi P Mariappan di Jalan Bukit Kemuning, Batu 8, Kampung Jawa, Klang.

Papparaidu berkata Kerajaan Negeri akan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif bersasar bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

Lawatan itu turut disertai Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning Preakas Sampunathan bersama wakil agensi Kerajaan Negeri dan pimpinan masyarakat setempat.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.