KPDN serbu premis jual aksesori telefon berjenama

14 Okt 2026, 7:00 AM
KPDN serbu premis jual aksesori telefon berjenama

SHAH ALAM, 14 OKT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu sebuah premis kediaman yang dijadikan pusat penjualan aksesori telefon berjenama dalam operasi membanteras barangan tiruan semalam.

KPDN Selangor memaklumkan operasi di sekitar Klang dan Setia Alam itu turut membabitkan tindakan terhadap sebuah gudang penyimpanan dan jualan pelbagai produk penjagaan diri.

“Pemeriksaan dan serbuan telah dilakukan terhadap satu premis kediaman yang dijadikan pusat penjualan aksesori telefon berjenama manakala satu lagi tindakan telah diambil terhadap sebuah gudang penyimpanan dan jualan pelbagai produk penjagaan diri,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurutnya, dua tindakan kes diambil berhubung kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Dalam pada itu, KPDN Selangor turut mengingatkan peniaga dan pengedar supaya mematuhi undang-undang serta tidak memiliki, mempamer atau menjual barangan yang dipercayai menggunakan cap dagangan tiruan.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil,” katanya.

KPDN Selangor menegaskan komitmennya untuk terus membanteras penjualan barangan tiruan bagi melindungi hak pemilik cap dagangan dan pengguna.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.