LPHS pacu agenda perumahan inklusif, noktahkan isu projek terbengkalai

13 Okt 2026, 12:04 AM
LPHS pacu agenda perumahan inklusif, noktahkan isu projek terbengkalai
LPHS pacu agenda perumahan inklusif, noktahkan isu projek terbengkalai
LPHS pacu agenda perumahan inklusif, noktahkan isu projek terbengkalai

SHAH ALAM, 13 OKT: Selepas 25 tahun mengukir kecemerlangan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) kini mengorak langkah ke hadapan untuk terus memacu pembangunan perumahan yang inklusif kepada rakyat Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pencapaian ulang tahun jubli perak LPHS itu wajar dijadikan sebagai peluang baharu untuk menilai prestasi dan menentukan arah seterusnya agensi berkenaan.

“Ada beberapa ruang yang perlu kita perbaiki pada masa depan. Antaranya adalah penyelesaian rumah terbengkalai. Ini adalah isu yang meliputi banyak perkara. Di Selangor kita ada senarai panjang dan dalam masa sama ada intervensi daripada Kerajaan Negeri.

“Mungkin ini akan menjadi fokus kepada LPHS untuk 25 tahun ke hadapan, bagaimana kita mahu noktahkan isu perumahan terbengkalai dengan pastinya kerjasama daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dalam Malam Aspirasi Perumahan 2026, Membina Legasi Mencipta Masa Depan di Double Tree by Hilton, i-City Shah Alam pada 12 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Aspirasi Perumahan 2026 sempena Simposium Perumahan Negeri-Negeri Se-Malaysia di sini, malam tadi.

Majlis dengan tema 'Membina Legasi, Mencipta Masa Depan' anjuran LPHS itu turut dihadiri EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah serta wakil agensi perumahan negeri seluruh negara.

Dalam majlis tersebut, Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) turut menerima pengiktirafan menerusi Anugerah Sinergi Strategik (Kategori Media) yang disampaikan Borhan kepada Ketua Komunikasi Korporat MSSB, Mahadi Mohd Mustafa.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, peranan LPHS kini berubah seiring pertumbuhan pesat Selangor yang memperlihatkan pertambahan penduduk, keperluan perumahan dan pertumbuhan kawasan bandar.

EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah (tengah) menyampaikan Anugerah Sinergi Strategik (Kategori Media) kepada Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) diwakili Ketua Komunikasi Korporat MSSB, Mahadi Mohd Mustafa dalam Malam Aspirasi Perumahan 2026, Membina Legasi Mencipta Masa Depan di Double Tree by Hilton, i-City Shah Alam pada 12 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Menurutnya, LPHS yang diwartakan pada 2001 kini berkembang untuk membantu menggubal dan melaksanakan dasar, menyelaras pengagihan rumah serta memantau penyediaan perumahan mampu milik dengan lebih fokus.

“Hari ini, peranannya turut merangkumi penyelarasan pengurusan hartanah berstrata bersama pihak berkuasa tempatan, usaha memperkasakan kualiti hidup komuniti serta urusan hartanah harga kawalan.

“Perkembangan ini memperlihatkan bagaimana sebuah institusi menyesuaikan perkhidmatannya dengan keperluan masyarakat,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.