Mengenal Allah kunci tingkat ketakwaan umat Islam, kata ulama Thailand

11 Okt 2026, 4:00 AM
Mengenal Allah kunci tingkat ketakwaan umat Islam, kata ulama Thailand

SHAH ALAM, 11 OKT: Mengenal Allah merupakan kunci meningkatkan ketaatan dan ketakwaan umat Islam, sekali gus membimbing mereka menghayati agama serta melaksanakan tuntutan-Nya dengan lebih sempurna.

Ketua Lajnah Fatwa Majlis Agama Islam Patani Pondok Sekam, Thailand Baba Ghazali Ahmad itu berkata mengenal Allah perlu menjadi asas dalam memahami agama kerana manusia memerlukan petunjuk-Nya untuk mengenali kebenaran dan mengelakkan diri daripada terus berada dalam kekeliruan.

Menurutnya, pengajian ilmu akidah melalui kitab turath, termasuk perbahasan Sifat 20, penting bagi membantu umat Islam memahami sifat-sifat Allah serta mengenali kesempurnaan-Nya berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Umat Islam juga perlu sentiasa memohon petunjuk Allah agar diberikan kefahaman yang benar dalam beragama, kerana tanpa bimbingan-Nya, manusia berisiko tersasar daripada kebenaran.

“Kepentingan Rasulullah sebagai panduan utama umat Islam dalam mengenal Allah SWT dan memahami ajaran Islam kerana baginda merupakan utusan yang menyampaikan agama kepada manusia.

“Kedudukan Rasulullah yang tinggi di sisi Allah SWT menjadikan baginda teladan utama dalam kehidupan umat Islam, khususnya dalam menghayati ajaran agama dan meningkatkan ketaatan kepada Allah,” katanya.

Beliau mengupas kitab Matan Aqidatul Awam karya Imam Ahmad Muhammad yang dikenali dengan gelaran Syeikh Ahmad Marzuqi sempena Majlis Pengajian Turath Islami di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar semalam.

Majlis itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Mohamed serta lebih 50 jemaah yang dimulakan dengan bacaan Dalail Khairat, solat Maghrib berjemaah, sesi pengajian dan solat Isyak.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.