ADN Seri Setia lawat mangsa kebakaran di SS5D, rumah terjejas hampir siap dibaiki

15 Jun 2026, 9:06 AM
ADN Seri Setia lawat mangsa kebakaran di SS5D, rumah terjejas hampir siap dibaiki

SHAH ALAM, 15 JUN: Satu daripada dua rumah teres di SS5D, Petaling Jaya yang terbakar pada 27 April lalu telah siap dibaik pulih sepenuhnya, kata Ahli Dewan Negeri Seri Setia.

Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata sebuah lagi masih dalam peringkat akhir kerja pembaikan dan dijangka boleh didiami semula dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi dua keluarga mangsa kebakaran berkenaan sambil menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

“Saya berkesempatan menziarahi mangsa kebakaran dua buah rumah dan turut menghulurkan sumbangan bagi meringankan sedikit beban ditanggung mereka.

“Saya mendoakan agar segala urusan keluarga ini dipermudahkan dan semoga dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa dalam keadaan yang lebih baik dan selesa,” katanya menerusi Facebook.

Berdasarkan laporan, kedua-dua rumah teres berkenaan mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran tersebut, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan serius dilaporkan.



Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.