Rumah tingkat bawah terbakar, 90 peratus musnah

9 Jul 2026, 2:30 PM
Rumah tingkat bawah terbakar, 90 peratus musnah
Rumah tingkat bawah terbakar, 90 peratus musnah
Rumah tingkat bawah terbakar, 90 peratus musnah

SHAH ALAM, 9 JULAI: Sebuah rumah di tingkat bawah Pangsapuri Dahlia, Bukit Beruntung di Rawang musnah kira-kira 90 peratus dalam kebakaran petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.08 malam.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa bersama bantuan BBP Rawang kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Jentera tiba di lokasi pada jam 7.20 malam dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah pangsapuri di tingkat bawah bangunan empat tingkat berkeluasan kira-kira 15 x 60 kaki persegi.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.43 malam dengan anggaran kemusnahan sebanyak 90 peratus. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi pemadaman membabitkan 13 anggota dengan tiga jentera iaitu sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dari BBP Bukit Sentosa selain sebuah FRT dari BBP Rawang.

Dalam pada itu, Ashrul Riezal memaklumkan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.