TH gantung sementara perkhidmatan susulan aktiviti siber mencurigakan dikesan

8 Okt 2026, 8:44 AM
TH gantung sementara perkhidmatan susulan aktiviti siber mencurigakan dikesan

SHAH ALAM, 8 OKT: Lembaga Tabung Haji (TH) melaksana penggantungan sementara ke atas perkhidmatan kepada pendeposit susulan mengesan aktiviti siber yang mencurigakan semalam.

TH dalam kenyataan memaklumkan langkah itu dilaksanakan bagi melindungi kepentingan pendeposit dan memastikan keselamatan sistem TH terus terpelihara.

Jelasnya, langkah pencegahan dan pengukuhan keselamatan berterusan, TH kini sedang melaksanakan pemantauan menyeluruh terhadap semua sistem yang melibatkan penggantungan sementara ke atas perkhidmatan kepada pendeposit.

“TH juga sedang bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan termasuk Agensi Keselamatan Siber Negara dan CyberSecurity Malaysia bagi menangani perkara ini. TH memahami kesulitan yang mungkin dihadapi oleh pendeposit dan memohon maaf atas gangguan ini.

“TH ingin menegaskan simpanan dan data peribadi pendeposit kekal selamat dan terpelihara. Keselamatan simpanan dan maklumat pendeposit sentiasa menjadi keutamaan TH,” katanya.

Jelasnya, sebarang perkembangan terkini termasuk status pemulihan perkhidmatan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan, pendeposit boleh menghubungi Pusat Perhubungan TH di 03-6207 1919.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.