Kuala Lumpur bandar paling tercemar di dunia, catat indeks kualiti udara 199

7 Okt 2026, 8:30 AM
Kuala Lumpur bandar paling tercemar di dunia, catat indeks kualiti udara 199
Kuala Lumpur bandar paling tercemar di dunia, catat indeks kualiti udara 199
Kuala Lumpur bandar paling tercemar di dunia, catat indeks kualiti udara 199
Kuala Lumpur bandar paling tercemar di dunia, catat indeks kualiti udara 199

KUALA LUMPUR, 7 OKT: Ibu negara menduduki tangga teratas dalam ranking bandar utama paling tercemar di dunia selepas merekodkan kualiti udara kategori tidak sihat hari ini.

Berdasarkan World Air Quality Ranking yang melaporkan secara langsung kualiti udara menerusi syarikat teknologi kualiti udara berpangkalan di Switzerland, IQAir, Kuala Lumpur mencatatkan indeks kualiti udara (AQI) 199 setakat tengah hari.

Bacaan itu meletakkan Kuala Lumpur mengatasi Singapura yang merekodkan AQI 198, manakala Dhaka, Bangladesh berada di kedudukan ketiga dengan bacaan 180.

Lahore, Pakistan pula berada di tangga keempat dengan AQI 171 diikuti Mumbai, India yang mencatatkan bacaan 167.

Dua lagi bandar di India turut berada dalam kelompok bandar utama paling tercemar apabila New Delhi merekodkan AQI 165 manakala Kolkata mencatatkan bacaan 164.

Dubai, Emiriah Arab Bersatu berada di kedudukan kelapan dengan AQI 159, sementara Kuching, Sarawak turut tersenarai di tangga kesembilan dengan bacaan 151, lapor Harian Metro.

Riyadh, Arab Saudi melengkapkan senarai 10 bandar utama dengan kualiti udara paling tercemar selepas turut merekodkan AQI 151.

Untuk rekod, bacaan AQI antara 151 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat manakala bacaan melebihi 200 berada pada kategori sangat tidak sihat.

Malaysia berdepan masalah jerebu rentas sempadan sejak Ogos lalu susulan kebakaran di beberapa kawasan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia sehingga menyebabkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat.

Di Batu Pahat, Johor, semua sekolah, tadika dan taska ditutup hari ini selepas kawasan itu merekodkan bacaan IPU 203 pada jam 8 malam tadi.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.