PRN Melaka: Pengundian 14 November, penamaan calon 31 Oktober

7 Okt 2026, 5:23 AM
PRN Melaka: Pengundian 14 November, penamaan calon 31 Oktober

SHAH ALAM, 7 OKT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengerusinya Datuk Seri Ramlan Harun berkata hari penamaan calon pula ditetapkan pada 31 Oktober.

Menurutnya, pengundian awal bagi pilihan raya berkenaan akan berlangsung pada 10 November.

“Tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan calon pada 31 Oktober sehingga jam 11.59 malam pada 13 November,” katanya, lapor Berita Harian.

Ramlan mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di Melaka hari ini.

PRN Melaka Ke-16 diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang berkuat kuasa pada 23 September.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran DUN berkenaan pada 22 September lalu.

DUN Melaka mempunyai keseluruhan 28 kerusi yang dipertandingkan.

Pada PRN lalu, BN memenangi 21 kerusi, manakala HARAPAN menguasai lima kerusi dan PN dua kerusi.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.