Sepang pacu usaha Selangor capai sasaran sembilan juta pelancong

4 Okt 2026, 12:00 PM
Sepang pacu usaha Selangor capai sasaran sembilan juta pelancong
Sepang pacu usaha Selangor capai sasaran sembilan juta pelancong
Sepang pacu usaha Selangor capai sasaran sembilan juta pelancong
Sepang pacu usaha Selangor capai sasaran sembilan juta pelancong

SEPANG, 4 OKT: Sepang menjadi antara daerah penting dalam usaha Selangor mencapai sasaran sembilan juta pelancong tahun ini berikutan kedudukannya sebagai pintu masuk utama ke negeri ini.

EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim berkata selain Sepang, beberapa daerah lain turut menjadi tumpuan berdasarkan kepelbagaian produk dan tarikan pelancongan yang ditawarkan.

“Terdapat beberapa daerah di Selangor yang menjadi tumpuan utama. Antaranya Sepang kerana ia pintu masuk.

“Selain itu, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Petaling turut mempunyai tarikan masing-masing yang boleh kita gandingkan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Festival Makanan Mega Selangor 2026 (SMFF26) di sini, hari ini.

EXCO Pelancongan, Dato’ Ng Suee Lim ditemui media selepas merasmikan Festival Makanan Mega Selangor 2026 (SMFF26) di Mitsui Outlet Park KLIA, Sepang pada 4 Oktober 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Menurut beliau, antara destinasi yang menjadi tumpuan ialah Sekinchan dan Kuala Kubu Bharu (KKB), selain taman tema di Petaling serta Bandar Diraja Klang.

Suee Lim berkata usaha menarik lebih ramai pelancong akan terus dipergiat ketika Selangor memasuki suku terakhir tahun ini bagi mencapai sasaran ditetapkan.

Katanya, Selangor kekal optimis mencapai sasaran sembilan juta pelancong meskipun konflik di Timur Tengah sedikit sebanyak menjejaskan kedatangan pengunjung dari rantau berkenaan.

“Walaupun ada krisis peperangan di Timur Tengah yang sedikit sebanyak mengganggu kedatangan pelancong dari rantau itu, kita masih yakin dan komited dengan sasaran sembilan juta.

“Walau apa pun, kita akan pecut habis-habisan,” katanya.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Lau Weng San melakukan simbolik perasmian Festival Makanan Mega Selangor 2026 (SMFF26) di Mitsui Outlet Park KLIA, Sepang pada 4 Oktober 2026. Turut hadir Dato’ Ng Suee Lim, Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop dan Chua Yee Ling. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Sepanjang tahun ini, Selangor dijangka menganjurkan lebih 90 acara berteraskan pelancongan yang berlangsung hampir setiap minggu di seluruh negeri.

Program berkenaan merangkumi pelbagai segmen termasuk makanan, budaya, gaya hidup, industri kreatif, agropelancongan serta pelancongan berasaskan komuniti.

Antara acara utama ialah Pameran Pelancongan Selangor, Festival Makanan Mega Selangor, Festival Kopi Selangor dan Festival Sawah Padi Selangor, selain pelbagai program lain yang dilaksanakan secara berperingkat.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.