Warga emas ditemukan meninggal dunia di belakang rumah

3 Okt 2026, 3:36 PM
Warga emas ditemukan meninggal dunia di belakang rumah

SHAH ALAM, 3 OKT: Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di kawasan semak di belakang rumahnya di Kampung Pengkalan Baru di Bachok, petang tadi.

Mangsa, Che Bidah Sulung, 85, ditemukan anak sulungnya, Hilmiah Hamzah, 60-an, ketika datang menghantar makanan ke rumah berkenaan.

Anak mangsa, Hindun Hamzah, 58, berkata beliau mengetahui kejadian itu kira-kira jam 3 petang selepas dimaklumkan kakaknya.

Menurutnya, ibu mereka tinggal bersendirian dan anak serta anak saudara akan menghantar makanan setiap hari.

“Emak tinggal seorang diri di rumah dan menjadi rutin anak-anak dan anak saudara menghantar makanan ke rumahnya setiap hari.

“Namun tadi kakak telefon saya maklumkan mahu menghantar nasi ke rumah emak. Tetapi emak tiada di rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Hindun berkata, kakaknya kemudian mencari Che Bidah di sekitar kediaman berkenaan selepas mendapati ibu mereka tiada di dalam rumah.

“Kakak mencari emak di sekitar rumah sebelum menemuinya sudah tidak bernyawa di kawasan semak di belakang rumah,” katanya, lapor Berita Harian.

Menurut Hindun, ibunya rajin membersihkan kawasan sekitar rumah dan tidak mempunyai sebarang penyakit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.