Warga emas hilang ketika luncur angin di Tanjung Bungah

15 Nov 2026, 2:23 PM
Warga emas hilang ketika luncur angin di Tanjung Bungah

GEORGE TOWN, 15 NOV: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti luncur angin di perairan Tanjung Bungah berhampiran sebuah kelab renang di Jalan Tanjung Tokong di sini malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang John Sagun Francis berkata mangsa dikenali sebagai Dr Khaw Chun Sein, 74.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung insiden itu pada 7.42 malam sebelum menggerakkan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal ke lokasi.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat menggunakan kaedah pencarian di permukaan air di lokasi kejadian.

“Pos Kawalan Bomba turut dibuka bagi menyelaras operasi pencarian dan setakat ini, mangsa belum ditemukan,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

John berkata ketika ini, operasi SAR masih dijalankan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Diraja Malaysia.

Beliau berkata maklumat mengenai operasi akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.