SHAH ALAM, 1 OCT: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi pusara isterinya, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Presint 20, Putrajaya pagi ini.
Beliau tiba kira-kira jam 11.05 pagi ditemani ahli keluarga dan berada di pusara berkenaan selama kira-kira 15 minit.
Dr Mahathir kelihatan sebak ketika berdoa sebelum menaburkan bunga mawar di pusara Allahyarhamah.
Beliau dilaporkan singgah menziarahi pusara dalam perjalanan pulang ke kediamannya selepas menerima rawatan berkala di Institut Jantung Negara (IJN).
Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusoff berkata Dr Mahathir mengalami keletihan akibat tekanan dan kekurangan tidur selepas kehilangan isterinya pada Isnin lalu.
Dalam pada itu, pusara Allahyarhamah terus dikunjungi orang ramai yang hadir untuk memberikan penghormatan serta mendoakannya.
Turut hadir pagi ini ialah anak pasangan berkenaan, Datuk Marina Mahathir bersama anak perempuannya sekitar jam 10.05 pagi.
Kehadiran ahli keluarga dan orang ramai menjadikan suasana di pusara Allahyarhamah yang meninggal dunia Isnin lalu terus diselubungi rasa hiba.







