Tun M masuk IJN selepas terjatuh di rumah

6 Jan 2026, 3:57 AM
Tun M masuk IJN selepas terjatuh di rumah

SHAH ALAM, 6 JAN: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya awal pagi.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

“Ya, beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara menyeluruh,” katanya.

Untuk rekod, pada 13 Julai 2025, Dr Mahathir yang kini berusia 100 tahun pernah dikejarkan ke IJN akibat keletihan.

Bagaimanapun beliau dibenarkan pulang pada jam 4.45 petang hari yang sama selepas menerima rawatan sejak jam 10 pagi.