Operasi pembenihan awan perlu dilaksana, pastikan bekalan air tidak terganggu

30 Sep 2026, 9:21 AM
Operasi pembenihan awan perlu dilaksana, pastikan bekalan air tidak terganggu
Operasi pembenihan awan perlu dilaksana, pastikan bekalan air tidak terganggu
Operasi pembenihan awan perlu dilaksana, pastikan bekalan air tidak terganggu
Operasi pembenihan awan perlu dilaksana, pastikan bekalan air tidak terganggu

SHAH ALAM, 30 SEPT: Operasi pembenihan awan (OPA) perlu dilaksanakan sebagai langkah mitigasi bagi memastikan bekalan air tidak terganggu ketika negara dijangka berdepan cuaca panas dan kering sehingga pertengahan tahun depan.

Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Yuzaimi Mahat berkata operasi kendalian Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu penting terutama di kawasan empangan sekiranya terdapat keperluan.

“Jika terdapat keperluan, kita laksanakan OPA terutama di kawasan empangan. Baru-baru ini kita laksanakan di Selangor pada 19 dan 20 September lalu dan ia berjaya.

“Hasil dari operasi itu, hujan turun sekali gus meningkatkan paras air di empangan. Kita sentiasa memantau kapasiti empangan menerusi data Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara,” katanya kepada Media Selangor.

Sementara itu Yuzman berkata kira-kira 90 peratus pelaksanaan OPA yang dilakukan bermula Februari hingga hari ini berkesan dan menghasilkan hujan.

Terdahulu beliau meninjau proses penyediakan larutan garam bagi melaksanakan OPA sekitar Lembah Klang dan Selangor yang dilaksanakan kakitangan MetMalaysia di Pangkalan Udara Subang, di sini hari ini.

Setakat hari ini, NADMA telah menjalankan 14 siri OPA membabitkan lebih 50 penerbangan di seluruh negara susulan jerebu rentas sempadan serta cuaca panas dan kering sejak awal tahun.

Jumlah itu meningkat berbanding tahun lalu, dengan operasi turut meliputi Sabah dan Sarawak.

Pada 9 September, MetMalaysia memaklumkan Super El Nino yang dijangka bermula hujung tahun ini berpotensi membawa cuaca panas dan kering ekstrem dengan beberapa kawasan bakal merekodkan suhu sehingga 40 darjah Celsius antara Januari hingga Mei tahun depan.

Jabatan itu memaklumkan kebarangkalian berlakunya fenomena berkenaan menghampiri 100 peratus berdasarkan ramalan model iklim daripada pusat pencerapan dan penyelidikan antarabangsa.

Keadaan itu turut berpotensi menyebabkan kawasan utara dan pedalaman Semenanjung, selain pedalaman Sabah dan Sarawak, mengalami suhu lebih tinggi daripada kebiasaan serta meningkatkan risiko cuaca panas dan gelombang haba bermula penghujung Monsun Timur Laut pada Januari hingga Mei 2027.

MetMalaysia turut memberi amaran mengenai peningkatan risiko kebakaran hutan dan jerebu susulan keadaan cuaca yang lebih panas dan kering.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.