SHAH ALAM, 29 SEPT: Mayat seorang lelaki yang dipercayai diculik di sekitar Ampang Jaya ditemukan ditanam di sebuah rumah kongsi di Jalan Sungai Lalang, Semenyih, di sini, kelmarin.
Mayat mangsa ditemukan susulan penahanan seorang suspek oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, lapor Berita Harian.
Menurut sumber, polis mengesan mangsa selepas menerima laporan berhubung kejadian penculikan di sekitar Ampang Jaya.
“Hasil siasatan membawa kepada penangkapan seorang suspek yang kemudian menunjukkan lokasi mayat mangsa.
“Polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sementara itu, wartawan sedang mendapatkan pengesahan polis berhubung kejadian berkenaan.







