Jenazah Tun Dr Siti Hasmah selamat dikebumikan di Pusara Negara

28 Sep 2026, 11:01 AM
Jenazah Tun Dr Siti Hasmah selamat dikebumikan di Pusara Negara
Jenazah Tun Dr Siti Hasmah selamat dikebumikan di Pusara Negara
Jenazah Tun Dr Siti Hasmah selamat dikebumikan di Pusara Negara
Jenazah Tun Dr Siti Hasmah selamat dikebumikan di Pusara Negara

PUTRAJAYA, 28 SEPT: Jenazah Tun Dr Siti Hasmah selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, di sini, dengan penuh istiadat pengebumian pembesar negara sebentar tadi.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 9.20 pagi tadi, dikebumikan bersebelahan pusara Allahyarham Tun Endon Mahmood, isteri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Antara kenamaan yang hadir memberi penghormatan ialah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Ribuan rakyat turut bersama menyaksikan upacara pengebumian berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Dr Siti Hasmah diberikan penghormatan menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara sebagai mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada negara.

Beliau berkata negara akan terus mengenang jasa Allahyarham yang disifatkan sebagai sosok keibuan dan banyak menabur bakti sepanjang hayatnya.

Jenazah Dr Siti Hasmah kemudian disembahyangkan di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah selepas solat Asar.

Sebelum itu, jenazah dibawa ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan bagi membolehkan ahli keluarga, saudara-mara, sahabat serta orang ramai memberikan penghormatan terakhir.

Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun. Allahyarham merupakan antara wanita Melayu terawal bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.