Warga emas maut digilis bas ketika melintas jalan

30 Okt 2026, 9:56 AM
Warga emas maut digilis bas ketika melintas jalan

SHAH ALAM, 30 OKT: Lelaki warga emas maut digilis bas ketika melintas berhampiran laluan masuk Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di Jalan Masjid Abidin, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.28 tengah hari itu, Mat Ghani Mamat, 77, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata kejadian berlaku ketika bas berkenaan sedang membelok ke kanan untuk memasuki laluan terminal.

“Mangsa tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan dan akibat jarak terlalu dekat, pemandu bas itu tidak sempat mengelak.

"Bas yang dipandu pemandu berusia 66 tahun dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Besut menuju ke Terminal Bas MBKT, manakala mangsa datang dari arah sebuah kedai makan menuju terminal," katanya.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.