JPJ keluar 481,119 saman terhadap pemandu warga asing sejak 2024

28 Sep 2026, 9:16 AM
JPJ keluar 481,119 saman terhadap pemandu warga asing sejak 2024
JPJ keluar 481,119 saman terhadap pemandu warga asing sejak 2024
JPJ keluar 481,119 saman terhadap pemandu warga asing sejak 2024
JPJ keluar 481,119 saman terhadap pemandu warga asing sejak 2024

KOTA BHARU, 28 SEPT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 481,119 saman terhadap pemandu warga asing melibatkan pelbagai kesalahan menerusi Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Ops Pewa) di seluruh negara bagi tempoh 2024 hingga kini.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata antara kesalahan dikesan ialah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 183,300 saman dikeluarkan pada 2024, 191,676 saman pada 2025 dan 106,143 saman bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

“Aspek penguatkuasaan bukan hanya melibatkan pemandu warga asing, malah turut membabitkan majikan tempatan yang menggaji mereka tanpa memastikan kelayakan dan dokumen sah, demi mengurangkan kos operasi.

“Majikan seperti itu boleh dianggap sebagai bersengkongkol atau pengkhianat negara. Selagi ada pihak bersubahat, selagi itulah masalah ini akan berterusan. Rakyat perlu sedar dan bertanggungjawab untuk tidak menggaji warga asing yang tiada kelayakan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Muhammad Kifli berkata JPJ turut mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemandu dan pemilik kenderaan perdagangan, termasuk membawa kes ke mahkamah tanpa menawarkan bayaran kompaun bagi kes tertentu sejak tiga bulan lalu.

Beliau mengingatkan majikan bahawa warga asing tidak dibenarkan memohon lesen vokasional seperti Lesen Kenderaan Barangan atau Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam.

“Majikan perlu menolak amalan mengambil pemandu warga asing yang tidak mempunyai kelayakan ditetapkan. Tindakan tegas akan dikenakan termasuk menyita dan melucut hak kenderaan perdagangan yang digunakan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010,” katanya.

Beliau berkata antara kenderaan disita JPJ sejak 2024 atas pelbagai kesalahan ialah tiga bas, lori (147), motosikal (2,052) dan 456 kereta.

Dalam pada itu, Muhammad Kifli berkata pihaknya turut mengesan kegiatan warga Myanmar yang menyewa motosikal daripada rakyat tempatan pada kadar antara RM50 hingga RM200 sebulan untuk diubah suai menjadi motosikal beroda tiga bagi digunakan sebagai kenderaan mengumpul barangan lusuh dan kitar semula.

Beliau berkata JPJ akan terus memperhebat Ops Pewa di seluruh negara dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa bagi membantu membanteras kegiatan berkenaan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.