JPJ wajibkan kemas kini profil bagi tingkat perkhidmatan digital

23 Nov 2026, 6:36 AM
JPJ wajibkan kemas kini profil bagi tingkat perkhidmatan digital

SHAH ALAM, 23 NOV: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan orang awam mengemas kini maklumat profil peribadi, khususnya alamat kediaman, alamat e-mel dan nombor telefon bagi memastikan kelancaran perkhidmatan digital jabatan itu.

JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah tersebut sebagai persediaan memperkenalkan dan memperluas ciri serta fungsi baharu perkhidmatan digital bagi memudahkan urusan pengguna.

Menurutnya, maklumat profil yang tepat dan terkini penting bagi memastikan pelaksanaan inisiatif pendigitalan berjalan lancar, selain membolehkan orang ramai mengakses pelbagai perkhidmatan dengan lebih mudah, pantas dan selamat.

“JPJ menyeru orang awam supaya segera mengemas kini maklumat profil masing-masing, khususnya alamat tempat tinggal, alamat e-mel dan nombor telefon yang terkini.

“Langkah ini merupakan persediaan ke arah pengenalan serta peluasan ciri dan fungsi baharu perkhidmatan digital JPJ bagi meningkatkan kemudahan dan pengalaman pengguna,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mengemas kini maklumat melalui aplikasi MyJPJ, Portal Awam JPJ atau hadir ke mana-mana kaunter JPJ berhampiran.

JPJ turut menyediakan panduan pengemaskinian melalui laman Facebook rasminya bagi memudahkan pengguna melengkapkan proses berkenaan.

Jabatan itu menegaskan komitmennya untuk memperkukuh ekosistem perkhidmatan digital yang lebih cekap, selamat dan mesra pengguna demi manfaat rakyat.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.