Anwar hadir beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

28 Sep 2026, 8:26 AM
Anwar hadir beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

SERI KEMBANGAN, 28 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Masjid As-Syarif kira-kira jam 4 petang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Ketibaan beliau dengan kenderaan rasmi diiringi beberapa pegawai kanan kerajaan.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang tiba lebih awal turut meluangkan masa bersama Tun Dr Mahathir Mohamad serta keluarga.

Turut hadir Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar.

Penghormatan terakhir sedang berlangsung di ruang solat Masjid As-Syarif sebelum solat jenazah dilaksanakan selepas solat Asar.

Jenazah Allahyarham kemudian dijadual dibawa ke Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya untuk disemadikan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.