Jenazah Tun Dr Siti Hasmah dibawa pulang ke kediaman di The Mines 

28 Sep 2026, 3:49 AM
Jenazah Tun Dr Siti Hasmah dibawa pulang ke kediaman di The Mines 

KUALA LUMPUR, 28 SEPT: Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dibawa keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 10.48 pagi ini untuk dibawa ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, Selangor.

Tinjauan Bernama di pekarangan IJN mendapati suasana pilu menyelubungi persekitaran pusat perubatan berkenaan sebaik kenderaan yang membawa jenazah isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu bergerak menuju ke kediaman Allahyarham.

Antara ahli keluarga yang dilihat hadir di IJN ialah anak-anak Allahyarham iaitu Datin Paduka Marina Mahathir, Tan Sri Mokhzani dan Datuk Seri Mukhriz.

Beberapa anggota polis bersama dengan pengawal keselamatan IJN turut ditempatkan di sekitar pintu masuk bagi mengawal pergerakan orang ramai serta memastikan aliran lalu lintas lancar.

Selain itu, petugas media turut kelihatan bagi membuat liputan dan mendapatkan perkembangan terkini.

Setakat ini, pihak IJN tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pemergian Allahyarham. 

Terdahulu, Dr Siti Hasmah disahkan meninggal dunia di IJN pagi ini pada usia 100 tahun. 

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.