MBPJ pupuk amalan pemakanan sihat sejak kecil

24 Sep 2026, 11:00 AM
MBPJ pupuk amalan pemakanan sihat sejak kecil

SHAH ALAM, 24 SEPT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mempergiat pendidikan nutrisi dalam kalangan kanak-kanak Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Tadika bagi membentuk amalan pemakanan sihat sejak kecil.

Usaha itu dilaksanakan menerusi program Eat Smart, Think Bright: Program Pendidikan Nutrisi Kanak-Kanak Taska dan Tadika MBPJ yang berlangsung di Taska dan Tadika MBPJ, Jalan Penchala, Petaling Jaya hari ini.

Menurut MBPJ, program berkenaan menghimpunkan kanak-kanak bersama ibu bapa menerusi pelbagai aktiviti interaktif yang memberi pendedahan mengenai kepentingan pemakanan sihat.

“Pemakanan sihat perlu dibentuk sejak kecil demi melahirkan anak-anak yang lebih sihat, aktif dan cerdas.

Kanak-kanak Taska dan Tadika Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyertai pelbagai aktiviti interaktif sempena program Eat Smart, Think Bright di Jalan Penchala pada 24 September 2026. Foto Facebook MBPJ

“Aktiviti disusun bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan pemakanan sihat dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan,” katanya menerusi Facebook.

Selain aktiviti pembelajaran, pemeriksaan kesihatan kanak-kanak menerusi saringan Indeks Jisim Badan (BMI) turut dijalankan sebagai sebahagian daripada pengisian program.

Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk Magnetic Puzzle Game, Memory Game, Tele Match, Musical Chair dan Clown Show.

Pada masa sama, ibu bapa turut mengikuti ceramah kesihatan serta sesi kuiz yang memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai aspek pemakanan, kesihatan serta tumbesaran anak-anak.

Terdahulu, program berkenaan disempurnakan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Yazid Sairi.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.