MBSA larang memancing, bawa motosikal dalam taman tanpa kebenaran

24 Sep 2026, 6:00 AM
MBSA larang memancing, bawa motosikal dalam taman tanpa kebenaran

SHAH ALAM, 24 SEPT: Orang ramai boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara maksimum setahun jika melanggar peraturan tertentu di kawasan taman di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

MBSA memaklumkan antara larangan di bawah Undang-Undang Kecil Taman (MBSA) 2005 ialah memancing tanpa kebenaran bertulis Datuk Bandar.

Orang ramai turut dilarang menunggang atau memandu kenderaan bermotor termasuk motosikal di kawasan berumput serta lorong pejalan kaki dalam taman.

“Peruntukan ini bertujuan memastikan kawasan taman sentiasa terpelihara, selamat dan selesa untuk kegunaan bersama,” menurut kenyataan MBSA.

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.