Operasi ladang ayam ingkar ditutup, pengusaha dikompaun

25 Sep 2026, 6:00 AM
Operasi ladang ayam ingkar ditutup, pengusaha dikompaun
Operasi ladang ayam ingkar ditutup, pengusaha dikompaun

SHAH ALAM, 25 SEPT: Sebuah ladang penternakan ayam ditutup serta-merta manakala notis kesalahan dan kompaun dikenakan terhadap pengusaha ekoran kesalahan berkaitan kacau ganggu alam sekitar.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Mohamad Hanafe Basri memberitahu sebanyak 21 notis dan 13 kompaun turut dikeluarkan terhadap 41 ladang setakat September 2026.

"Sebanyak 27 ladang telah diambil tindakan melalui operasi bersepadu selain 21 notis dikeluarkan kepada pengusaha terlibat bagi melaksanakan tindakan pembetulan terhadap kacau ganggu,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata tindakan penutupan serta-merta syarikat ladang ayam itu dibuat Jun lalu ekoran kegagalan pengurusannya mematuhi peraturan termasuk beroperasi tanpa lesen.

Fakta Ternakan Ayam. GRAFIK AZWA MALEK

Katanya, sebanyak 11 unit pam air turut disita dan kompaun dikeluarkan berikutan tindakan mengeluarkan sisa kumbahan terus ke sungai selain pemotongan bil elektrik dan air.

Menurut Mohamad Hanafe lagi, MPKS membuat pemantauan berterusan terhadap ladang ayam bagi memastikan penternakan bersih, terkawal dan tidak menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk.

“Fokus pemeriksaan meliputi kebersihan ladang/reban, pengurusan najis dan sisa ternakan, kawalan lalat serta bau, pengurusan bangkai ayam, sistem saliran dan pelepasan air buangan.

“Menjadi tanggungjawab pengusaha memastikan kebersihan premis, pengurusan sisa, kawalan lalat dan bau serta pematuhan terhadap arahan pihak berkuasa dibuat berterusan,” katanya lagi.

Beliau berkata MPKS juga akan memperkukuh aspek pencegahan, pemantauan, penguatkuasaan dan pemulihan bagi melindungi kesihatan, kebersihan, kualiti hidup penduduk serta kelestarian alam.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.