19 penjaja tanpa lesen di sekitar Klang dikenakan tindakan

23 Sep 2026, 1:30 PM
19 penjaja tanpa lesen di sekitar Klang dikenakan tindakan
19 penjaja tanpa lesen di sekitar Klang dikenakan tindakan

SHAH ALAM, 23 SEPT: Seramai 19 penjaja tanpa lesen dikenakan tindakan susulan pemantauan aktiviti penjajaan di beberapa lokasi tumpuan awam sekitar Klang oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Pemantauan dijalankan Jabatan Pelesenan bersama Jabatan Penguatkuasa MBDK bagi memastikan aktiviti penjajaan dilaksanakan secara teratur, berlesen dan mematuhi peraturan ditetapkan.

Menurut MBDK, tujuh penjaja di Kompleks Sukan Pandamaran didapati beroperasi tanpa lesen dengan satu sitaan dilaksanakan.

“Enam lagi diarahkan menghentikan aktiviti perniagaan dan beredar dari lokasi berkenaan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

MBDK berkata seorang peniaga mainan tanpa lesen di tapak hiburan di lokasi sama turut dikenakan tindakan dengan satu sitaan dilaksanakan.

Sementara itu, empat penjaja tanpa lesen di Taman Rakyat Andalas dikenakan tindakan sitaan mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja (MPK) 2007.

Di Lorong Selamat, Sungai Udang pula, tujuh penjaja tanpa lesen dikenakan kompaun mengikut undang-undang kecil sama.

Pada masa sama, pemantauan di Jalan Sambau membabitkan pemeriksaan terhadap permohonan pembaharuan lesen penjaja Sesi 2.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada peralatan perniagaan ditinggalkan di lokasi berkenaan.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.