Trio karate negara tamat penantian 12 tahun, raih gangsa di Sukan Asia

23 Sep 2026, 4:44 AM
Trio karate negara tamat penantian 12 tahun, raih gangsa di Sukan Asia
Trio karate negara tamat penantian 12 tahun, raih gangsa di Sukan Asia
Trio karate negara tamat penantian 12 tahun, raih gangsa di Sukan Asia
Trio karate negara tamat penantian 12 tahun, raih gangsa di Sukan Asia
Trio karate negara tamat penantian 12 tahun, raih gangsa di Sukan Asia

TOYOHASHI: Trio karate negara menamatkan penantian 12 tahun untuk meraih pingat acara kata lelaki di Sukan Asia selepas memenangi gangsa acara berpasukan di Toyohashi Gymnasium, hari ini.

Gandingan Aiqal Asmadie, Haznil Henry dan Mukhriz Mazlan memastikan tempat ketiga menjadi milik Malaysia selepas menewaskan trio Vietnam 3-2 dalam aksi penentuan pingat gangsa.

Trio negara menundukkan Giang Viet Anh, Pham Truong Giang dan Pham Minh Duc untuk menghadiahkan satu lagi pingat kepada kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Malaysia sebelum itu menerima bye pada suku akhir sebelum tewas 0-5 kepada Kuwait pada aksi separuh akhir.

Aiqal berkata mereka tetap berpuas hati dengan pencapaian gangsa mengambil kira persaingan sengit di pentas Sukan Asia.

“Kami turun dalam aksi penentuan gangsa seolah-olah ia adalah final. Kami berikan segala-galanya dan tidak menahan diri, semua serangan badan kami lakukan dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

Menurutnya, pengalaman dimiliki Kuwait menjadi antara cabaran besar buat pasukan negara yang baru digandingkan kira-kira dua bulan, selain Mukhriz merupakan pemain baharu.

“Kuwait adalah pasukan yang sangat berpengalaman dan sudah berlatih bersama lebih 10 tahun, tetapi kami tetap memberikan segala yang ada ketika menentang mereka.

“Kami baru bersama kira-kira dua bulan dan Mukhriz pula pemain baharu. Jadi, saya fikir kami mempunyai potensi besar untuk pergi lebih jauh,” katanya.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia kembali meraih pingat acara kata lelaki selepas Lim Chee Wei memenangi emas individu pada Sukan Asia Incheon 2014, manakala Aiqal kini meletakkan sasaran memburu emas pada Sukan SEA Malaysia tahun depan.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.