Belanjawan 2027: ADN Kota Kemuning mahu peruntukan atasi banjir

23 Sep 2026, 5:00 AM
Belanjawan 2027: ADN Kota Kemuning mahu peruntukan atasi banjir
Belanjawan 2027: ADN Kota Kemuning mahu peruntukan atasi banjir
Belanjawan 2027: ADN Kota Kemuning mahu peruntukan atasi banjir
Belanjawan 2027: ADN Kota Kemuning mahu peruntukan atasi banjir

SHAH ALAM, 23 SEPT: Kerajaan Persekutuan diharap memberi perhatian terhadap isu perparitan di Kota Kemuning, khususnya Sri Muda yang sering dinaiki air ketika hujan lebat berterusan, menerusi Belanjawan 2027.

Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning S. Preakas berkata antara kawasan yang kerap terjejas ialah Sri Muda Zon D dan Bukit Kemuning.

“Peruntukan harus diberi untuk tangani isu banjir di Sri Muda, Kampung Bukit Kemuning dan Kampung Bukit Lanchong yang alami masalah perparitan. Pelebaran dan naik taraf parit perlu dilaksana segera.

“Selain itu, isu infrastruktur lain yang perlu diselesaikan segera adalah membuka jalan alternatif ke Kota Kemuning berikutan penduduk semakin padat sehingga menyebabkan trafik sesak,” katanya kepada Media Selangor.

Pada masa sama, beliau meminta Kerajaan Negeri juga memainkan peranan dengan memantau beberapa pangsapuri kos rendah di Kota Kemuning yang perlu dinaik taraf.

“Kerajaan Negeri perlu beri perhatian pangsapuri kos rendah kerana mereka tidak mempunyai dana yang cukup untuk dibaiki atau dinaik taraf,” ujarnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadualkan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 9 Oktober ini.

Beliau sebelum ini memaklumkan prinsip ekonomi manusiawi akan menjadi antara pertimbangan utama kerajaan dalam merangka Belanjawan 2027 bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada peningkatan maruah, kesejahteraan dan peluang kepada rakyat.

Katanya, proses penyediaan belanjawan tahun depan perlu mengambil kira persoalan asas mengenai tujuan sebenar pembangunan ekonomi, bukan sekadar mengejar angka pertumbuhan, pelaburan atau produktiviti.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.