KPDN Selangor kesan kesalahan harga, dua peniaga dikompaun

23 Sep 2026, 6:00 AM
KPDN Selangor kesan kesalahan harga, dua peniaga dikompaun
KPDN Selangor kesan kesalahan harga, dua peniaga dikompaun
KPDN Selangor kesan kesalahan harga, dua peniaga dikompaun

SHAH ALAM, 23 SEPT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor mengeluarkan dua kompaun serta-merta dalam pemeriksaan premis perniagaan di sekitar Shah Alam dan Subang pada 21 September lalu.

KPDN Selangor menerusi Facebook memaklumkan pemeriksaan dijalankan susulan beberapa aduan orang awam, khususnya berkaitan ketiadaan tanda harga pada barangan yang dijual.

Operasi membabitkan premis perniagaan di sekitar Jalan Kebun, Shah Alam, Subang serta beberapa lokasi lain di Shah Alam.

Menurutnya, pemeriksaan turut meliputi aspek pelabelan harga, paparan tanda harga dan pematuhan terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan.

“Sepanjang pemeriksaan, sebanyak dua tindakan kompaun serta-merta di tempat kejadian telah dilakukan atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972,” menurut kenyataan itu.

KPDN Selangor memaklumkan pemeriksaan dan penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan serta menjaga kepentingan pengguna.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.