SPR tunggu pemakluman rasmi pembubaran DUN Melaka

22 Sep 2026, 1:55 PM
SPR tunggu pemakluman rasmi pembubaran DUN Melaka

SHAH ALAM, 22 SEPT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebaik menerima pemakluman rasmi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Pengerusinya Datuk Seri Ramlan Harun berkata setakat ini SPR masih belum menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran berkenaan.

“SPR mengambil maklum mengenai pengumuman pembubaran DUN Melaka, yang berkuat kuasa esok.

“Kami mungkin akan mengadakan mesyuarat khas berhubung pilihan raya ini setelah kami menerima pemakluman rasmi pembubaran daripada Speaker DUN Melaka,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Menurut Ramlan, mesyuarat khas itu akan menetapkan tarikh penting berkaitan PRN termasuk hari penamaan calon dan pengundian awal.

Hari ini, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan DUN Melaka akan dibubarkan berkuat kuasa esok bagi memberi laluan kepada PRN ke-16.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi, dengan penggal semasa menghampiri penghujungnya pada Disember ini.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.