Gempa bumi magnitud 4.4 landa perairan Batu Pahat, gegaran dirasai di Selangor

22 Sep 2026, 11:12 AM
Gempa bumi magnitud 4.4 landa perairan Batu Pahat, gegaran dirasai di Selangor
Gempa bumi magnitud 4.4 landa perairan Batu Pahat, gegaran dirasai di Selangor

SHAH ALAM, 22 SEPT: Gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 dikesan di perairan Batu Pahat, Johor pada jam 4.55 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa itu berlaku pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, kira-kira 27 kilometer barat daya Batu Pahat.

"Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer," katanya dalam kenyataan hari ini.

MetMalaysia berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor serta kawasan sekitarnya.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia menggesa orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa berkenaan diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan bagi membantu pemantauan lanjut.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.