MBSJ ambil tindakan terhadap premis tanpa lesen, binaan tanpa kebenaran

21 Sep 2026, 5:14 AM

SHAH ALAM, 21 SEPT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pelbagai kesalahan menerusi Operasi Bersepadu Tindakan Penguatkuasaan di sekitar Bandar Puchong Utama pada Khamis lepas.

Operasi itu membabitkan enam jabatan dalaman MBSJ, iaitu Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pengurusan Alam Sekitar (JPAS), Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Bangunan, dengan kerjasama Indah Water Konsortium (IWK).

Menurut MBSJ, operasi bersepadu tersebut memberi tumpuan kepada aspek pematuhan termasuk pelesenan, kebersihan premis makanan, halangan di kaki lima dan kawasan awam, binaan tanpa kebenaran serta kewujudan kenderaan buruk atau terbiar.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, terdapat premis yang beroperasi tanpa lesen sah MBSJ, selain halangan di kaki lima dan kawasan awam serta binaan slab yang didirikan tanpa kebenaran.

”Tindakan penguatkuasaan diambil terhadap ketidakpatuhan yang dikenal pasti termasuk pengeluaran Notis Tindakan Kompaun (NTK) dan sitaan,” kongsi MBSJ di Facebook.

Dalam operasi sama, pemeriksaan kebersihan turut dijalankan terhadap premis makanan bagi memastikan tahap kebersihan mematuhi peraturan ditetapkan.

Kenderaan buruk atau terbiar yang dikenal pasti turut dikenakan tindakan tundaan.

MBSJ berkata penguatkuasaan secara bersepadu akan terus diperkukuh dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran bandar kekal bersih, selamat, teratur dan kondusif demi kesejahteraan komuniti.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.