Tat Bengkulu antara tarikan Festival Makanan Tradisional Selangor

21 Sep 2026, 4:43 AM
Tat Bengkulu antara tarikan Festival Makanan Tradisional Selangor

SHAH ALAM, 21 SEPT: Tat Bengkulu yang dicadangkan untuk  diwarta sebagai makanan tradisi negeri akan diperkenalkan sempena Festival Makanan Tradisional Selangor pada November ini.

EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah berkata festival berlangsung di Hulu Selangor itu dijangka disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

“Festival ini bertujuan memperkenalkan Tat Bengkulu sebagai makanan tradisi yang terkenal di Hulu Selangor. Ini juga merupakan sebahagian langkah melengkapkan proses mewarta kuih ini sebagai makanan tradisi Selangor.

“Seperti festival makanan sebelum ini, kali ini program juga akan mendapoat pengiktiraf daripada Malaysia Books Of Record (MPOB). Ini merupakan langkah negeri dalam mengangkat tradisi Selangor,” katanya kepada Media Selangor.

Pada Ogos, Borhan berkata usaha mengangkat Tat Bengkulu sebagai makanan warisan negeri sedang digerakkan menerusi kerjasama pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan identiti serta keasliannya terus dipelihara.

Antaranya mengadakan bengkel melibatkan ahli akademik, penyelidik, agensi kerajaan, pengusaha serta pewaris komuniti Bengkulu bagi memperincikan ciri, identiti dan nilai budaya makanan tradisional berkenaan.

Usaha mengangkat Tat Bengkulu itu meneruskan komitmen Kerajaan Negeri dalam memelihara makanan warisan Selangor selepas Nasi Ambeng diisytiharkan sebagai Makanan Warisan Selangor pada 2022.

Sate Kajang pula diwartakan sebagai objek bersejarah pada 2025, sekali gus mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Negeri melindungi khazanah makanan dan budaya yang mempunyai nilai sejarah kepada masyarakat Selangor.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.