Wanita maut selepas rakit riadah terbalik di Sungai Pertak

20 Sep 2026, 12:49 AM
Wanita maut selepas rakit riadah terbalik di Sungai Pertak

SHAH ALAM, 20 SEPT: Aktiviti berakit enam sekawan di Sungai Pertak, Hulu Selangor bertukar tragedi apabila seorang wanita berusia 34 tahun maut selepas rakit dinaiki mereka terbalik, semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika kumpulan berkenaan melalui jeram pertama.

Menurut JBPM, mangsa bersama lima rakannya tercampak keluar daripada rakit dalam kejadian itu.

“Mangsa kemudiannya didapati tersangkut di dasar air dan rakan mangsa cuba mengeluarkannya daripada halangan,” katanya dalam kenyataan.

JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 3.52 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.

Pasukan bomba kemudian membantu membawa mangsa sejauh kira-kira satu kilometer ke kawasan selamat berhampiran Kem Rimbayu sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut.

Operasi yang melibatkan enam anggota bomba tamat pada jam 6.30 petang.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.