MBDK keluar notis batal lesen tiga premis serbaneka

18 Sep 2026, 2:44 PM
MBDK keluar notis batal lesen tiga premis serbaneka
MBDK keluar notis batal lesen tiga premis serbaneka
MBDK keluar notis batal lesen tiga premis serbaneka

SHAH ALAM, 18 SEPT: Tiga premis perniagaan serbaneka di Jalan Pekan Baru, off Jalan Meru, Klang dikenakan Notis Niat Batal Lesen susulan ketidakpatuhan syarat pelesenan.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memaklumkan tindakan itu diambil dalam operasi bersepadu bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang menerusi Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Menurut MBDK, ketiga-tiga premis yang diperiksa mempunyai lesen perniagaan, namun didapati beroperasi dengan penjaga dan pekerja warga asing.

“Sebanyak tiga Notis Niat Batal Lesen dikeluarkan atas ketidakpatuhan syarat pelesenan termasuk penggajian pekerja tanpa permit dan penjaga premis bukan warganegara Malaysia,” menurut kenyataan di Facebook.

Pemeriksaan turut menemukan produk makanan yang tidak mematuhi keperluan pelabelan ditetapkan.

Susulan itu, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan PKD Klang merampas serta menyita produk berkenaan untuk tujuan pelupusan.

Operasi bersepadu berkenaan membabitkan Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasa MBDK bersama PKD Klang.

MBDK memaklumkan operasi akan terus dipergiat bagi memastikan premis perniagaan mematuhi syarat pelesenan dan penggajian selain aspek keselamatan serta pelabelan makanan demi melindungi pengguna.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.