Hannah Yeoh nafi tandatangan dokumen perintah tahanan rumah Najib

18 Sep 2026, 3:44 AM
Hannah Yeoh nafi tandatangan dokumen perintah tahanan rumah Najib

KUALA LUMPUR, 18 SEPT: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh menafikan pernah menandatangani sebarang dokumen perintah tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang tular di media sosial.

Perkara itu dimaklumkan Hannah menerusi hantaran di X beliau awal pagi tadi.

“Saya tidak pernah menandatangani perintah tahanan rumah seperti yang sedang tular di media sosial.

“Lembaga Pengampunan masih belum bersidang (semasa dokumen perintah itu viral). Tolong jangan sebarkan dokumen palsu ini. Setiausaha Akhbar saya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa,” menurut hantaran itu.

Hannah menerusi hantaran sama turut berkongsi tangkap layar pengesahan laporan yang dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung perkara itu.

Terdahulu, tular di media sosial satu dokumen yang didakwa sebagai perintah tahanan rumah membabitkan Najib yang ditandatangani Hannah.

Istana Negara menjadi tumpuan pengamal media sejak awal pagi ini bagi mengikuti perkembangan berkaitan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.