Wanita positif dadah serang polis dengan pisau ditahan

17 Sep 2026, 7:01 AM
Wanita positif dadah serang polis dengan pisau ditahan

SHAH ALAM, 17 SEPT: Seorang wanita berusia 20-an ditahan selepas bertindak agresif menyerang anggota polis menggunakan sebilah pisau di kawasan Chan Sow Lin, Cheras kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.45 petang ketika sepasukan polis cuba menangkap wanita terbabit.

“Ketika proses tangkapan, suspek bertindak agresif dengan mengambil sebilah pisau lalu menyerang anggota polis,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Berita Harian.

Mohd Rosdi berkata pemeriksaan lanjut terhadap suspek mendapati wanita berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Menurut beliau, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati wanita itu positif ketamin.

Suspek kemudian ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera menggunakan senjata, dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang penjawat awam,” katanya.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.