Gunung Gap diperkasa sebagai lokasi konservasi, ekopelancongan Hulu Selangor

16 Sep 2026, 3:35 AM
Gunung Gap diperkasa sebagai lokasi konservasi, ekopelancongan Hulu Selangor
Gunung Gap diperkasa sebagai lokasi konservasi, ekopelancongan Hulu Selangor
Gunung Gap diperkasa sebagai lokasi konservasi, ekopelancongan Hulu Selangor
Gunung Gap diperkasa sebagai lokasi konservasi, ekopelancongan Hulu Selangor

SHAH ALAM, 16 SEPT: Potensi Gunung Gap, Hulu Selangor sebagai lokasi konservasi biodiversiti dan ekopelancongan terus diperkasa menerusi kerjasama pelbagai agensi termasuk aspek keselamatan laluan serta penglibatan komuniti.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memaklumkan usaha itu diketengahkan menerusi Program Lawatan Konservasi bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah pada 13 September lalu.

Program berkenaan memberi pendedahan mengenai ekosistem dan biodiversiti Gunung Gap selain merangkumi aktiviti penanaman pokok, pendakian serta perkongsian berkaitan hidupan liar sepanjang laluan.

“Program ini turut memperlihatkan semangat kolaborasi pelbagai pihak dalam memperkukuh usaha konservasi, keselamatan laluan, kesedaran alam sekitar dan penglibatan komuniti dalam menjaga khazanah semula jadi negeri Selangor,” menurut MPHS menerusi Facebook.

Menurut MPHS, pembangunan pengalaman ekopelancongan berimpak tinggi turut menjadi antara tumpuan dalam memastikan khazanah alam semula jadi kawasan itu dimanfaatkan secara lestari.

Program berkenaan disertai wakil Pejabat Daerah Hulu Selangor, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Kerja Raya (JKR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

MPHS berkata kerjasama antara jabatan, agensi dan rakan strategik penting bagi memastikan usaha pemuliharaan serta pembangunan ekopelancongan di Gunung Gap dilaksanakan secara terancang dan berterusan.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.