Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Malaysia

16 Sep 2026, 12:15 AM
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat negara ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar Malaysia sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keberkatan Allah SWT, dikurniakan keamanan yang berpanjangan serta dilindungi daripada segala bentuk musibah.

“Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa syukur atas nikmat perpaduan dan keharmonian yang sekian lama terjalin dalam kalangan rakyat berbilang kaum serta menjadi asas penting kepada kekuatan dan kestabilan negara,” menurut hantaran itu.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.