Sektor industri perlu main peranan jayakan negeri pintar

16 Sep 2026, 8:00 AM
Sektor industri perlu main peranan jayakan negeri pintar
Sektor industri perlu main peranan jayakan negeri pintar

KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Usaha memperluas pelaksanaan bandar pintar tidak harus bergantung sepenuhnya kepada kerajaan, sebaliknya sektor industri perlu memainkan peranan bagi memastikan agenda itu dapat dijayakan.

Pengerusi Malaysia Smart Cities Alliance (MSCA) pula berkata usaha memperluas bandar pintar tidak harus bergantung kepada kerajaan, sebaliknya sektor industri perlu memainkan peranan.

Ts Dr Raslan Ahmad percaya sektor industri mampu menyumbang dalam pelbagai aspek termasuk penyediaan infrastruktur, teknologi, pembiayaan, khidmat teknikal dan pembangunan bakat.

Namun, beliau berkata sektor industri berdepan cabaran antaranya ketidakseragaman dasar dan tadbir urus antara agensi dan peringkat kerajaan yang boleh menjejaskan usaha penyelarasan.

Selain itu, beliau berkata kebergantungan kepada peruntukan kerajaan dan akses terhad kepada sumber pembiayaan alternatif menjadi kekangan dalam usaha memperluas projek bandar pintar.

Katanya, projek rintis sukar diperluas ke seluruh bandar berikutan wujud sistem lama, masalah integrasi serta kebolehoperasian antara teknologi yang berbeza akibat perubahan teknologi.

“Cabaran lain adalah bagaimana kita mahu membawa projek rintis kepada pelaksanaan berskala lebih besar kerana terdapat sistem sedia ada yang perlu diselaraskan selain isu integrasi antara teknologi,” katanya.

Beliau berkata kekurangan tenaga mahir khususnya bidang kecerdasan buatan (AI) dan internet segalanya (IoT) memerlukan perhatian bagi mengurangkan kebergantungan kepada perunding luar.

Menurut Dr Raslan, pengetahuan dan kemahiran warga pihak berkuasa tempatan juga perlu dipertingkat supaya mereka benar-benar berkeupayaan memahami dan mengurus bandar pintar.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.