Gombak, Hulu Selangor antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

15 Sep 2026, 11:22 AM
Gombak, Hulu Selangor antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam
Gombak, Hulu Selangor antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

KUALA LUMPUR, 15 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur dan sembilan negeri hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Sik, Kuala Muda, Kubang Pasu, Padang Terap dan Baling manakala di Perak meliputi Kerian, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim serta Larut, Matang dan Selama.

Amaran sama dikeluarkan bagi Kemaman di Terengganu manakala di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Rompin, Kuantan dan Jerantut.

Di Selangor, amaran itu membabitkan kawasan Hulu Langat, Gombak, Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Selangor manakala di Negeri Sembilan meliputi Kuala Pilah dan Jempol.

Di Johor, amaran melibatkan Kota Tinggi, Kulai, Johor Bahru, Kluang, Mersing, Segamat, Tangkak dan Muar manakala di Sarawak, kawasan terjejas ialah Miri (Beluru dan Marudi), Betong (Betong dan Pusa), Bintulu (Tatau), Kapit (Kapit, Song dan Belaga), Kuching (Kuching dan Bau), Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu (Selangau) dan Limbang.

Di Sabah pula, kawasan dijangka terjejas ialah Sandakan (Kinabatangan, Tongod dan Telupid), Tawau (Lahad Datu dan Kalabakan), Pedalaman (Beaufort, Pensiangan, Tambunan, Keningau dan Membakut), serta Pantai Barat (Ranau, Penampang, Kota Kinabalu dan Papar).

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.