Penunggang basikal maut dipercayai terjatuh, tayar masuk penutup longkang

15 Sep 2026, 7:39 AM
Penunggang basikal maut dipercayai terjatuh, tayar masuk penutup longkang

SHAH ALAM, 15 SEPT: Penunggang basikal maut selepas dipercayai terjatuh apabila tayar hadapan basikalnya masuk ke dalam penutup longkang dalam kejadian di Bukit Beruang, Melaka, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Halim Abas berkata mangsa, Ahmad Shazlye Hassan, 36, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka kira-kira jam 9 malam.

Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada anggota pondok perhubungan Hospital Melaka kira-kira jam 10 malam.

“Siasatan awal mendapati kejadian menimpa mangsa berlaku pukul 7.10 malam ketika lelaki itu menunggang basikal Lapierre dari arah Jalan Dahlia 6 menuju ke persimpangan Jalan Dahlia 2 dan Jalan Dahlia 7.

“Setibanya di lokasi kejadian, tayar hadapan basikal itu dipercayai termasuk ke dalam penutup longkang menyebabkan mangsa terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor KOSMO! ONLINE

Akibat kejadian itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak mengalami kecederaan pada bahagian muka dan kepala.

Ahmad Shazlye kemudian dibawa ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 malam.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.