Amaran hujan lebat di KL, tujuh negeri hingga 9 malam

13 Sep 2026, 10:48 AM
Amaran hujan lebat di KL, tujuh negeri hingga 9 malam

SHAH ALAM, 13 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Selangor melibatkan kawasan Hulu Selangor dan Gombak.

Amaran sama dikeluarkan di Kedah (Kulim, Bandar Baharu, Baling dan Sik) dan Perak (Hulu Perak, Selama dan Muallim).

Hujan lebat juga diramal berlaku di Kelantan (Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut).

Sementara itu, di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sibu, Sarikei, Betong, Mukah, Kapit (Song).

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.