MPKL perkukuh tiga kemudahan awam utama di Kuala Langat serentak

13 Sep 2026, 8:00 AM
MPKL perkukuh tiga kemudahan awam utama di Kuala Langat serentak
MPKL perkukuh tiga kemudahan awam utama di Kuala Langat serentak

SHAH ALAM, 13 SEPT: Tiga kemudahan awam utama di Kuala Langat membabitkan pengurusan haiwan terbiar, perkhidmatan kremasi dan pengangkutan awam bakal diperkukuh bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada penduduk.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan tumpuan diberikan kepada Pusat Pengurusan Haiwan Terbiar MPKL, Krematorium Jalan Serdang Belah serta Terminal Bas Jalan Sentosa, Banting.

Menurutnya, pembangunan Pusat Pengurusan Haiwan Terbiar bertujuan memastikan pengurusan haiwan terbiar dilakukan secara lebih tersusun, selamat dan berkesan termasuk aspek kawalan populasi serta kebajikan haiwan.

“MPKL turut memfokuskan pembangunan Krematorium Jalan Serdang Belah bagi memastikan kemudahan berkaitan perkhidmatan kremasi dapat disediakan secara lebih teratur dan selesa, selain mengambil kira aspek kebersihan serta pengurusan persekitaran,” katanya menerusi Facebook.

Pada masa sama, Terminal Bas Jalan Sentosa yang menjadi antara kemudahan penting bagi pergerakan penduduk turut diberi perhatian.

MPKL berkata penambahbaikan terminal itu dijangka meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pengguna sekali gus menyediakan pengalaman perjalanan lebih baik.

Perkembangan ketiga-tiga projek itu ditinjau Yang Dipertuanya Amri Ismail bersama Timbalan Yang Dipertua Ahmad Zaki Yusof serta barisan pengarah MPKL pada 11 September lalu.

Menurut MPKL, usaha berkenaan sebahagian daripada komitmennya memperkukuh kemudahan awam dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat Kuala Langat.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.