SHAH ALAM, 10 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur, Putrajaya dan tujuh negeri hingga 6 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan tujuh negeri terlibat ialah Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah.
Di Selangor, amaran dikeluarkan di kawasan Sepang, Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang dan Kuala Langat.
Amaran sama melibatkan Pahang, iaitu di kawasan Cameron Highlands, Raub, Bentong, Bera, Jerantut dan Lipis.
Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Kuala Muda, Baling, Sik, Yan dan Langkawi manakala di Pulau Pinang meliputi Timor Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.
Amaran sama dikeluarkan bagi Kuala Pilah, Seremban, Jempol dan Jelebu di Negeri Sembilan manakala di Perak melibatkan Larut Matang, Selama, Bagan Datuk, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Sementara itu, amaran sama dikeluarkan bagi Sabah meliputi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau, Tambunan, Membakut, Beaufort dan Sook), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu).





