Larian MAIS 2026 dibatal akibat jerebu

10 Sep 2026, 6:56 AM
Larian MAIS 2026 dibatal akibat jerebu
Larian MAIS 2026 dibatal akibat jerebu

SHAH ALAM, 10 SEPT: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memaklumkan Larian MAIS 2026 yang dijadual berlangsung 13 September ini di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam terpaksa dibatalkan.

Bahagian Komunikasi Korporat MAIS berkata pembatalan program larian itu berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang masih tinggi dan tidak sihat sekali gus menjadikan ia berbahaya untuk aktiviti sukan luar dijalankan.

“Sebagai penganjur, MAIS bersama rakan strategik, Majlis Bandaraya Shah Alam mengutamakan faktor keselamatan, kesihatan komuniti, peserta, petugas serta semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program.

“MAIS sekali lagi memohon maaf dan mengucapkan terima kasih atas kesabaran, sokongan serta kerjasama semua pihak yang terlibat,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Berikutan itu, MAIS memaklumkan kit larian (baju, bib, dan pingat) bagi peserta yang telah berdaftar boleh dituntut pada 12 dan 13 September di Badminton Court (Tingkat 1), Decathlon Shah Alam.

Bagi 12 September waktu pengambilan bermula jam 10 pagi hingga 6 petang manakala 13 September pula dari 10 pagi hingga 2 petang.

Jelas MAIS, pengambilan secara wakil (on behalf) dibenarkan dan wakil hanya perlu membawa tiket penyertaan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Hana di talian 013-384 2652 atau Naylissa menerusi 011-4066 0845.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.